Senin, 10 Juni 2013

Fisiologi

Fisiologi merangkumi kajian berkenaan fungsi biologi di peringkat molekul, sel, juga pada pelbagai sistem organ dan organisme secara keseluruhan. Fisiologi adalah cabang biologi yang mengkaji bagaimana pelbagai proses dan jaringan di peringkat molekul dan sel dan juga peringkat tinggi organisasi menyumbang kepada perkembangan organisme, fungsi penting dan interaksi organisme tersebut dengan persekitarannya. Di samping itu, bidang ini juga merangkumi sains tingkah-laku dan juga biologi molekul juga daripada penyelidikan asas hingga perubatan. Ahli fisiologi memanfaatkan keseluruhan bentuk hidupan apabila memilih model organisme untuk tujuan ujikaji. Sebagai contoh, organism transgenik, iaitu model penyelidikan utama biologi moden, merupakan model penting yang berupaya menyumbang kepada semua bidang fisiologi. Fungsi genomik atau proteomik adalah sebahagian daripada pendekatan yang digunakan oleh ahli-ahli fisiologi untuk mengurai contohnya dinamik sel dan pembahagian tisu ataupun mekanisme organ yang berfungsi.

Sumber : http://www.medic.upm.edu.my/index.php/ms/bidang-pengajian-siswazah/191-physiology

Tidak ada komentar:

Posting Komentar